Strawberry Cupcake

MESIN MASA
Wednesday, 11 December 2013 ? 0 Atashinchi ?
  BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...

  
  
Akal kata,
Bagusnya kalau Doraemon ada,
Minta alat poket dibuka,
Permintaan hasrat semua di kota..

Akal kata lagi,
Kalau Doraemon ada,
Aku nak minta mesin masa,
Ubah semua kisah lama,
Jangan sampai hati ni terluka;
Aku intai semula saat bahagia,
Biar senyum manis sentiasa ada...

Akal terus menerus kata,
Itu akal yang kata,
Cuma khayalan, khayalan semata,
Doraemon dan mesin masa..
Tak berkuasa ubah segala
Hanya Allah Maha Pencipta..

Bersyukur lah wahai manusia,
Apa yang ada depan mata, kau terima..
'Alhamdullillah' jangan pernah kau lupa,
Yang berlalu, biarkan saja ..


Kehidupan kita penuh dengan imaginasi. Kalau tak ada imaginasi, manakan datang mickey mouse ? Doraemon ? Ultraman dan raksasa ? Bila dah penuh dengan imaginasi, hati mula nak itu ini, akal mula gerak enjin fikir yang entah sampai mana penghujungnya pemikiran tu. Mungkin sampai enjin akal berasap barangkali. 

Tapi yang pasti, tu cuma khayalan. Khayalan orang bijak pandai untuk buat manusia ketawa riang gembira. Tapi kita membayangkan lebih dari itu. Mesin masa ? Ubah masa silam ? Tak kan terjadi..


Yang pergi biarkan terus pergi. Jangan pernah berpatah balik. Pandang ke belakang, hanya untuk dijadikan pembakar semangat untuk terus maju ke depan

 Hakikatnya, semua kisah silam kita yang hitam, putih, cerah, bahagia, duka semuanya ada sebab, ada rahsia, ada hikmah semuanya. Kita diberi pilihan untuk terus kenang kisah lama, menangis dan terus menangis atau kenang kisah lama tapi terus maju ke depan dengan impian yang bakal di capai. Bukan bermakna kita gagal suatu masa dulu, kita terus gagal sampai bila bila.. 

Ya, memang, bukan mudah untuk melupakan semuanya.. Tak suruh lupakan pun. Cuma anggap itu sebagai dugaan, jadi kan kenangan tu sebagai minyak Ron 95 ke 97 ke ada aku kesah untuk gerakkan kenderaan kau untuk terus memecut laju ke depan. Sedangkan bila bawa kereta pun ada halangan bonggol, berhenti bila lampu isyarat merah, bagi signal bila nak masuk simpang. Tapi kau tabah hadapi semua tu untuk sampai ke destinasi yang di tujukan ? Kenapa dalam kehidupan kau tak boleh sabar? Tak boleh kuat ? Kena kuat. Jangan cepat mengalah

Hanya Allah yang mampu mengaturkan semuanya. Kita sebagai hambanya yang lemah hanya mampu doa, doa dan terus berdoa :)



p/s: Amacam puisi atas tu ? Okay tak ? First try hihi



Thanks for reading :)


LAMAN SOsial DAN KITA
Wednesday, 4 December 2013 ? 0 Atashinchi ?
          BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...

             Assalammualaikum, Adios ~ sihat semua ? Siapakah semua yang kau maksudkan Mira? Haha. Alhamdullillah kalau sihat, kalau tak sihat cepat cepat makan ubat. 

"Wei Mira, asal tajuk post belog kau kasar sangat wei?
Ada SOsial semua...
Dah pandai eh kau Mira guna bahasa macam tu.."

          Waduh waduh kawan gue Pak Suparjo yang sorang ni, kena lah kasi gempak sikit tajuknya.. Gempak lah sangat, rolling eyes wei *suara Mira sebelah kiri pakai baju hitam*. Gempak lah Mira. Tahniah syabas beravoo beravoo *suara Mira sebelah kanan pakai baju putih*. Macam sinetron pulak ada peri jahat, peri baik bla bla bla..

        Sebenarnya ada kemusykilan ke persoalan ke luahan hati ? Alah kira gitu lah eh .. Baca je lah.. Tadi Mira ada tweet macam ni 

"Act, I'm not ready to use all the social network except FB and Twitter to communicate with you"
          And, ada seorang kawan yang baik ni tanya kenapa. Ya , dia memang baik. Perempuan and I love her. As a friend okay.. Mungkin pada korang, Mira ni kolot, kuno tak ready konon nak guna benda tu semua untuk berhubung dengan dia. Ataupun korang fikir Mira ni suka fikir negatif sangat, mengongkong sangat bla bla bla. Kadang kadang Mira tak kisah orang nak cakap macam tu.. Tak kisah tu maksudnya tak ambil hati lah tapi kekadang je uollss. Sekurang kurangnya Mira tahu apa yang kurang pada diri mira..

          Salah satu sebab Mira tak ready nak guna wassep orang pasar eja, wechat dan seangkatannya untuk berhubung dengan Mirul adalah .. Mungkin Mira tak percayakan dia sepenuhnya. Yes, buat apa nak rahsia. Open minded. Mirul kata..


Lebih baik kena marah sebab JUJUR, kalau marah pun tak lama daripada kena marah sebab orang tu tahu kita MENIPU, memang mampus lah kau

          Mira pun tahu dia tak percayakan mira dua ratus peratus. Dia kata satu percent percaya, sembilan puluh sembilan tak percaya. Haha kuaja kan ? Mira pun fikir kalau buat benda benda tu, kita contact melalui semua tu memang lah jimat, lah apa lah tapi .. Fikiran negatif Mira fikir nanti dia ada orang lain macam mana ? Kalau dia sayang sayang dengan orang lain macam mana ? Kalau dia tu kalau dia ni ... Semuanya kalau
Tapi .. Mirul tak pernah buat Mira macam tu .. Nampak je gangster badan tough katanya padahal buncit hihi. Mira je buat dia sedih semua ..

        So, perlu ke laman soSIAL itu digunakan untuk kami ? Jangan selubungi diri anda dengan misteri fuhh berasap .. Hahaha merepek kau Mira !! Thanks , bye kawan kawan :)



*Ni pun salah satu sebabnya .. Dan tahun depan ESPIYEMM weii*


p/s: tulisan lain lain, malas aku nak betulkan. Kalau tulis tangan lain lain jugak an. Lu jangan banyak bunyi



Thanks for reading :)


SYUKURI YANG ADA, HARGAI DEPAN MATA
Tuesday, 3 December 2013 ? 0 Atashinchi ?
          Assalammualaikum, Apa khabar semua ? Kriik kriik. Lah, kau syok sendiri ni Mira. Ahh, kisah apa aku. Setelah berkurun lama tak meng-update belog ni kan. Tetibe rajin. Maklumlah cuti sekolah, bosan katanya..


"Ini lah manusia,Tak pernah nak bersyukur dengan apa yang Allah bagi,Allah dah bagi...Tak reti nak hargai.Tak pernah puas"
          Selalu sangat kan dengar orang cakap macam tu. Tuwit tuwit puisi dekat encik burung biru pun banyak kalau korang tak pernah dengar, tak pernah baca. Manusia manusia haihh~ cakap macam Mira ni bukan manusia je kan. Mira pun manusia jugak, kadang kadang tak bersyukur, orang dah hargai kita, kita tak hargai orang pulak. Mana lah orang tu tak naik hantu jembalang harum sundal siang.

          Awak, awak dan awak ... Kalau ada orang sayangkan awak, ambil berat pasal awak, setia dengan awak, sanggup korbankan masa dia untuk awak blablabla apa apa je lah kan ..
Hargai lah dia. Hargai usaha, titik peluh dia ehhh , bukan suruh jilat peluh dia. Kang ada yang keluar Metro..


"Remaja Mati Jilat Peluh Kekasih untuk Hargainya"

          K tak lawak mira. Banyak banyak ucap Alhamdullillah pada Allah. Jangan sampai menyesal tak sudah sudah, menangis berlagu lagu ombak rindu, cinta di pantai merdeka ya. Jangan jadi macam Mira. Depan mata, ada orang yang betul betul sayang, tapi Mira lukakan hati dia. Mira tak hargai dia, tak bersyukur. Sedangkan dia bersyukur, Mira ada dalam hidup dia.

          Dah, sekarang ... Ubah sikap awak ya Amirah . Terima kasih :) Bye semorang .. Gue nak layan drama korea. Assalammualaikum 



p/s: Untuk awak yang rasa diri awak ni awak, haha apa aku merapu ni. Hmm, Mira minta maaf ya. Mira tahu susah nak maafkan Mira dengan apa yang mira dah buat. Tapi maafkan Mira jugak ya kalau tak Mira smackdown awak. Thanks for loving me. -HH-



Thanks for reading :)


COME BACK !!!
Thursday, 6 June 2013 ? 0 Atashinchi ?
        Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Ya tuan puan , hari ni Kak Ton nak tanya.. Kak Ton comel tak ? Comeeellll ~ Eh, apa aku melalut ni *dush dush*. Okay kawan kawan, Mira dah start update blog semula selepas blog ni jadi sarang labah-labah dan mungkin jadi rumah hantu *jangan pandang belakang*. Kenapa start semula ? Eh suka hati mak tiri bapak laki aku lah ! Haha, Mira rasa bosan, kadang kadang tak ada tempat nak mengadu, hati pulak dah tak mampu nak tahan jadi....  haa Strawberry Cupcake ni jugak lah yang dicari..

     Mesti korang tertanya tanya kan apa yang Mira nak cerita hari ni ? Eh ada ke orang yang tertanya tanya? Ah, lantak lah . Hari ni Mira nak cerita tentang PEREMPUAN DAN CINTA ~ Wahh, mesti bersinar sinar mata *blink blink*. Haha, Mira tak ada lah arif sangat dalam hal ni tapi saje jea kongsi pendapat, kalau salah tolong jolok kan buah cempedak dekat luar pagar tu. Eh, apa nii -.-" . Kalau salah, tolong tunjukkan ya.


     Mira yakin sekarang mesti ramai yang kemaruk cinta, In love kata orang puteh ~ haha, remaja . Mira pun remaja jugak. Jadi as a girl, perempuan, kita ni manja tau wahai kaum lelaki, kaum adam.. Hati kitorang macam tisu tau, kena air setitik jea, dah mula nak koyak~ kesian :'(. Jadi lelaki yang dilahirkan di dunia ini dengan kekuatan yang tak ada pada perempuan, perlu lah lindungi kami :)

     Nak tahu apa yang Mira nak cakap berkaitan Perempuan dan Cinta ? Jom kita scroll ke bawahh ~ wuuu


1. Kami suka kejutan, SUPRISE!! *bunyi mercun* Hmm mungkin tak semua orang suka, tapi Mira suka >< sebab apa ? sebab seronok lah ~ 
2. Kami ni sensitif sikit. Cakap sikit jea dah terguris, tercalar, terkoyak, ter ter semua lah hati yang sekeping ni kan. Maklum lah kami  insan lemah tapi mampu menggegarkan dunia . Huuhh ~  
3. Attention !! perhatian. Yes, perhatian. Perkara penting rasanya.  
4. Ayat ayat sweet, romantik but not SWEET TALKER okay ~ 
5. Kesetiaan. We need a man that loyal to his girl !! 
6. Spend time with us. Jalan jalan, makan makan, tengok wayang, bla bla bla tapi jangan lupa bawa teman, kan ada orang ketiga, keempat , kelima . Jaga batas pergaulan.
7. Hmm banyak sangat lah nak cakap, korang yang lelaki korek sendiri lah apa yang perempuan suka dan kaum perempuan yang comel comel tu, jual mahal sikit tau. Okay ? Mmmuuuaaahh , love you alllzzz

Okay lah, setakat ni jea Mira bebel , nanti Mira jemput Kak Ton datang untuk bebel lebih panjang. Bye Assalammualaikum. Semoga membantu :)

p/s: kalau tak membantu pun, buat buat membantu jea tau. Hihi


Thanks for reading :)


STORY
Tuesday, 4 December 2012 ? 0 Atashinchi ?
     Assalammualaikum , selamat sejahtera dan peace be upon you :) Dah lama dah Mira tak update blog. Memandangkan cuti sekolah ni kan.. Penyakit M makin merebak dalam diri Mira . TIDAAAAKKK !! Jadi korang mesti tertanya tanya apa benda yang Mira nak cerita sebenarnyakan .. Okay straight to the point.

Tadi baru jea tadi Mira kemas lah rak buku Mira yang dah macam perpustakaan kena serang raksasa. RAWWWRR ~ Tiba tiba terjumpa satu karangan BI yang Mira tulis sendiri waktu tusyen . Bila baca , sedih sangat . Jadi Mira nak kongsi hasil karya Mira tu dengan awak semua . Enjoy :)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

       Amirah jumped up as soon as she saw the surgeon come out of the operating room. She said "How is my friend? Is he going to be OK ? When can I see him ?". The surgeon said "I'm sorry, we did all we could". Amirah said "Why do my friend and I get cancer, and why he left me first ? Doesn't God care anymore ?"

The surgeon said "Don't say like that young lady. God love him dearly. One of the nurses will be out in a few minutes to let you spend time with your friend's remain before his funeral".

Amirah asked the nurse to stay with her while she said goodbye to her friend. Amirah ran her fingers through his thick black straight hair. Her tears fell. The nurse said, " Would you like to keep his THING ?"

Amirah nodded yes but she don't know what is the THING . The nurse take a beautiful diamond ring and gave it to Amirah . Amirah was so blank and she just put it in a beautiful box that Hamirul gave her as present on her birthday.

The nurse said " Amirah do you want to know something ?". Amirah said yes and the nurses handed a letter to her when Amirah read the letter, she cried as loud as she wanted. The letter said that Hamirul agree to donate his liver as Amirah have liver cancer. She hold Hamirul's hand and say thank you.

Amirah said to the nurse " My Hamirul had a heart of gold,  always thinking of someone else and always wanting to help others if he could. That's why I love him". She cried.

Amirah walked slowly out from the hospital after past six month she and Hamirul spent their time at there. She sat beside Hamirul's bag and wondering. She saw Hamirul smile and waved at her. Amirah decided to go to Hamirul's house and when she arrived, Hamirul's mother welcomed and give her a big smile to hide her sadness.

Amirah enter Hamirul's room to put his things on the bed. She lying her body on the bed and suddenly she saw some photos and a letter. "Oh God, my photos ! Hamirul do you really miss me when I in hospital ?" she said. Amirah read the letter. The letter was written by Hamirul.

     Dear Amirah , I just want to say thank you for being my friend. You had done many things to me. I know you had liver cancer and I had lung cancer. I think I will die soon. So I decided to donate my liver to you. I want you to live many more years than me...

Amirah wiped her tears. She felt Hamirul was sitting beside her. She continued reading ...

I just want to say I will miss you. I love to be you friend. You is a kind and caring girl. I hope you will always pray for me. I think this is my last letter for you . Oh , I had bought you a diamond ring to propose you to become my wife but .... I want you to keep and wear it on your wedding with your hero :)
                                                                                                                        From  Hamirul, your bestfriend <3 .

Amirah had promised to herself to always pray for Hamirul and kept their sweet memories in her mind ..

Maaf entry ni agak panjang . Kesalahan grammar tu harap dimaafkan lah ya . Manusiakan selalu melakukan kesilapan :)
Amirah Jamal .



      


Thanks for reading :)


FRIENDS THROUGH THICK AND THIN
Sunday, 18 November 2012 ? 0 Atashinchi ?

"A TRUE FRIEND is the only person who never gets tired of listening to your own pointless dramas over and over again"

  Here my besties. 

         Selamat sejahtera ke atas kamu, peace be upon you and Assalammualaikum. Hari ni Mira nak cerita tentang kawan baik Mira. Siapa ? Tu gambar dekat atas tu. Dari kiri Nurin Izzati binti Md. Azmi a.k.a Robot Comel, middle Nur Amirah binti Abdul Jamal a.k.a Hamirul Saya Punya dan Siti Noraisyah binti Bakeri a.k.a Akak Sweet Sweet. Nak berkenalan dengan mereka ? Nanti mention Mira dekat twitter atau comment dekat post ni okay . Dua dua tu masih single , okay macam promote pulak.

Mira rindu sangat dekat mereka berdua ni jadi rasa nak bongkar rahsia sikitlah pasal diorang . Jangan marah kita tau*mata kelip kelip*.Kami bertiga start rapat waktu Form 2 , pelbagai cabaran , cerita , gossip semua dikongsi bersama. Kami bertiga memang masing masing ada karakter yang berbeza tapi Mira lah yang paling ganjil sekali . Nak tahu keganjilannya ?

Mira tak pakai cermin mata . Mira tak duduk dekat Bandar Putra . Cara pemikiran pun sedikit berbeza rasanya . Susunan gigi yang paling 'cantik' sekali. Saiz mata terlebih besar. Fesyen pun lain rasanya . Mira pandu puteri dan mereka puteri Islam. Mira dah berpunya ><. Terlampau banyak perbezaan Mira dengan mereka dan mungkin disebabkan itu Mira selalu berada antara mereka . Tengah tengah Middle . Bukti ? Tengok ni ...

Middle :)

 Middle AGAIN :)

Kadang-kadang Mira rasa Mira ni penyibuk dalam persahabatan diorang tapi mereka menidakkan. TIDAAAAAKKKK !! Perbezaan tulah yang membuat kami sentiasa sama sama. 

Nurin dengan sifat dia yang comel like a child dan maybe disebabkan sifat tu ada orang confess dia dan dia minta pendapat Mira . Macam doktor cinta Mira bagi pendapat . Macam pro sangat jea kan . Nurin memang lain , unik , susah nak ditafsirkan .

Aisyah pulak . Hmm , dia ni lebih kurang dengan Mira sikit cara dia . Sikit jea lah . Tapi dia lebih alim , pandai . She is the LEADER :) . Dia paling tinggi , kaya . Yang membuatkan Mira geram dengan dia .. Dia ada DSLR :( , Dia selalu atas Mira kalau result keluar dan dia nak tinggalkan kitorang nanti *nangis guling guling*. Aisyah jangan lupa Mira tau .

Walau apa pun yang berlaku , pergaduhan memang tetap ada tapi mesti baik punya :) Love Aisyah dengan Nurin Forever and Ever . Wasalam :)

"FRIENDS are the FAMILY you don't have"
Amirah Jamal .




Thanks for reading :)


MY HEART VOICE
Tuesday, 6 November 2012 ? 0 Atashinchi ?

"Hawa dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk kiri Adam dan tujuan Hawa diwujudkan adalah sebagai peneman kesepian Adam di syurga"

Selamat sejahtera ke atas kamu, peace be upon you and Assalammualaikum. Today, I would like to share my heart voice which full with sadness but many of hope. But it more to my doa to Allah. Read, think and take it as your inspiration :)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

     Ya Allah ampunilah hambamu yang lemah ini ya Allah. Aku tak mampu nak hadapi dugaan yang kau beri padaku. Aku belum cukup kuat untuk berdepan dengan cabaran bersama kaum Adam. Aku selalu menangis bila aku tak mampu hadapi dugaan Mu. Adakah aku berdosa dan adakah aku cuba untuk melawan takdir bila aku menangis ?

     Kasih sayang dan rasa cinta aku hanya untuk Mu ya Rabbi dan untuk orang yang telah Engkau berikan salah satu tulang rusuk kirinya untukku. Aku mohon kepada Mu ya Allah, jadikanlah dia pemilik salah satu tulang rusuk kiriku. Aku tak mampu hilangkan perasaan sayangku padanya jika dia pergi ya Allah.

     Tapi terlampau banyak cabaran dan dugaan yang telah Engkau berikan padaku dalam hubungan aku bersama dia. Adakah Engkau sengaja mahu melihat kekuatan iman kami ataupun dia bukan pemilik salah satu tulang rusuk kiriku?

     Berikanlah aku petunjuk Mu ya Allah.Mana yang benar dan mana yang salah. Jika itu qada' dan qadarku,
Insyaallah aku akan tunduk dan patuh kepada arahan dan ketentuan Mu ya Allah ...

Ini adalah sekadar luahan rasa. Bukan untuk menunjukkan yang Mira alim atau wara'. Semoga semua post Mira dapat dijadikan pengajaran :) Wasalam.

Amirah Jamal .


Thanks for reading :)


AKAL DAN NAFSU
Saturday, 27 October 2012 ? 0 Atashinchi ?

"Kaum Adam mempunyai SEMBILAN AKAL dan SATU NAFSU manakala kaum hawa mempunyai SATU AKAL dan SEMBILAN NAFSU"

Selamat sejahtera ke atas kamu. Hari ini post saya menyentuh sikit bab agama Islam jadi kalau ada yang salah, tolonglah tunjukkan. Almaklumlah, budak baru belajar :)

Berdasarkan ayat yang aku tulis di atas itu, menunjukkan yang kaum lelaki lebih pandai dari kaum wanita dan senang untuk mengawal untuk mengawal perasaan kerana Allah hanya mengurniakan kaum adam satu nafsu. Kaum hawa seperti aku memang sinonim dengan perasaan emosionalnya sebab kami ada sembilan nafsu.

Tapi, apa yang aku alami sekarang ni , si 'dia' iaitu kaum adam tidak dapat mengawal perasaannya . Dan sepatutnya dia fikir dulu baik-baik sebelum bercakap sesuatu yang mungkin akan menyentuh perasaan aku sebab dia ada SEMBILAN AKAL !

Sebenarnya semalam, aku bergaduh dengan Hamirul. Okay lah pendekkan cerita, dia ada hantar satu mesej . Mesejnya berbunyi begini ...


"Dah lah childish, BUANG MASA layan awak" 

BUANG MASA ?  Reaksi aku bila baca text dia tu .. Muka terkejut, mata besar, air mata jangan cakap lah kan , macam air terjun, hati aku rasa berkecai, dah tak dapat dicantum semula mungkin. Aku kecewa sangat. Frasa buang masa tu ibarat selama ni aku hanya menyibuk dalam hidup dia, menyusahkan dia dan dia habiskan waktu dia untuk aku selama ni hanya sia-sia. Kalau awak semua kena baru tahu rasa dia. Susah nak ditafsirkan. 

Mungkin ada orang cakap itu semua adat percintaan , bila gaduh semua perkataan keluar. Tapi masalahnya dia dah melampau. Dalam hidup aku tak pernah jumpa orang macam dia, sayang tapi layanan macam tak sayang.

 Maybe;(

Kalau fikirkan pasal ego aku , dah lama dah aku single tapi perasaan SAYANG sangat hebat. Dia buat kita kuat , sanggup untuk tempuh segala kesusahan, rajin secara tiba-tiba dan membuatkan kita happy bila bersedih. Hebatnya kurniaan-Mu ya Allah.

"Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah kurniakan satu perasaan yang boleh mengubah hamba-Mu ini dalam sekelip mata. Perasaan yang begitu indah iaitu CINTA. Aku bersyukur menjadi hamba-Mu ya Allah"

Aku harap sangat dia sedar apa yang dia telah cakap pada aku selama ni. Hinaan dia , tak akan aku lupa sampai akhir hayat aku. Tapi percayalah, perasaan sayang aku pada dia tak pernah berubah. Aku hanya mampu menunggu dan berharap dia akan berubah kepada yang dulu. Insyaallah.

" Sesungguhnya aku tidak secantik BALQIS,
hatiku tidak setulus ZULAIKHA,
diriku tidak sekuat SARAH
dan kasihku tidak sesempurna kasih KHADIJAH terhadap Rasullullah SAW..
Tapi apa salahnya jika engkau, wahai kaum adam..
Menerima aku, kaum hawa
dengan seadanya, mengambil kelebihan dan kekurangan kami."

Amirah Jamal .




Thanks for reading :)


SMILE CAN HIDE A THOUSAND PAINS
Thursday, 25 October 2012 ? 0 Atashinchi ?


"Just because a person smiles all the time , doesn't mean their life is perfect . That smile is a symbol of hope and strength"


Smile like this can make me happy-with Nurin


Selamat sejahtera ke atas kamu . Cemburu , jealous ? Frasa tu memang ada dalam setiap hidup manusia ciptaan Allah . Sama ada kaum adam atau hawa , memang akan ada perasaan tu cuma yang lebih ketara selalunya perempuan . Ya , perempuan .. Macam aku ..


"Cemburu bermaksud  kurang percaya , syak wasangka atau curiga akan sesuatu" 

Sejak kebelakangan ni perangai yang dulu dah datang semula . Perasaan cemburu yang melampau makin suka pada aku . Sehinggakan seorang perempuan yang tegur dia di Twitter pun aku dah mula fikir lain . Aku dapat rasa cemburu aku ni makin lama makin melampau . Tapi cemburu tanda sayangkan ?


"I only get jealous because I love you and I don't want anyone else to have you" 

Aku tahu lelaki akan rasa rimas kalau perempuan terlalu kuat cemburu . Tapi aku cuma risau ada orang yang rampas dia . Maklumlah perempuan lebih ramai daripada lelaki sekarang ni . Aku tak sanggup nak kongsi kongsi ni :(

Fatin Amira ada nasihatkan aku supaya kawal perasaan cemburu tu , THINK POSITIVE ! Now , I took her words as my reminder if I begin to be jealous . Aku dah boleh kawal perasaan cemburu tu , think positve dan sentiasa berfikiran terbuka . Alhamdullillah , dah kurang sikit perang dunia ketiga berlaku antara kami . 


Bukti yang aku dah boleh kawal cemburu aku. Selalunya dah kutuk kutuk budak ni . Syukur kepada Allah :)
Atas si simpulan tweet . Bawah aku reply .


"Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah memakbulkan doaku. Semoga kesabaranku seperti kesabaran sahabat Rasullullah, Bilal bin Rabah"



Amirah Jamal .





Thanks for reading :)




. Newer Post


// Cinta Kita-Teuku Wisnu ft Shireen Sungkar