Strawberry Cupcake

AKAL DAN NAFSU
Saturday 27 October 2012 ? 0 Atashinchi ?

"Kaum Adam mempunyai SEMBILAN AKAL dan SATU NAFSU manakala kaum hawa mempunyai SATU AKAL dan SEMBILAN NAFSU"

Selamat sejahtera ke atas kamu. Hari ini post saya menyentuh sikit bab agama Islam jadi kalau ada yang salah, tolonglah tunjukkan. Almaklumlah, budak baru belajar :)

Berdasarkan ayat yang aku tulis di atas itu, menunjukkan yang kaum lelaki lebih pandai dari kaum wanita dan senang untuk mengawal untuk mengawal perasaan kerana Allah hanya mengurniakan kaum adam satu nafsu. Kaum hawa seperti aku memang sinonim dengan perasaan emosionalnya sebab kami ada sembilan nafsu.

Tapi, apa yang aku alami sekarang ni , si 'dia' iaitu kaum adam tidak dapat mengawal perasaannya . Dan sepatutnya dia fikir dulu baik-baik sebelum bercakap sesuatu yang mungkin akan menyentuh perasaan aku sebab dia ada SEMBILAN AKAL !

Sebenarnya semalam, aku bergaduh dengan Hamirul. Okay lah pendekkan cerita, dia ada hantar satu mesej . Mesejnya berbunyi begini ...


"Dah lah childish, BUANG MASA layan awak" 

BUANG MASA ?  Reaksi aku bila baca text dia tu .. Muka terkejut, mata besar, air mata jangan cakap lah kan , macam air terjun, hati aku rasa berkecai, dah tak dapat dicantum semula mungkin. Aku kecewa sangat. Frasa buang masa tu ibarat selama ni aku hanya menyibuk dalam hidup dia, menyusahkan dia dan dia habiskan waktu dia untuk aku selama ni hanya sia-sia. Kalau awak semua kena baru tahu rasa dia. Susah nak ditafsirkan. 

Mungkin ada orang cakap itu semua adat percintaan , bila gaduh semua perkataan keluar. Tapi masalahnya dia dah melampau. Dalam hidup aku tak pernah jumpa orang macam dia, sayang tapi layanan macam tak sayang.

 Maybe;(

Kalau fikirkan pasal ego aku , dah lama dah aku single tapi perasaan SAYANG sangat hebat. Dia buat kita kuat , sanggup untuk tempuh segala kesusahan, rajin secara tiba-tiba dan membuatkan kita happy bila bersedih. Hebatnya kurniaan-Mu ya Allah.

"Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah kurniakan satu perasaan yang boleh mengubah hamba-Mu ini dalam sekelip mata. Perasaan yang begitu indah iaitu CINTA. Aku bersyukur menjadi hamba-Mu ya Allah"

Aku harap sangat dia sedar apa yang dia telah cakap pada aku selama ni. Hinaan dia , tak akan aku lupa sampai akhir hayat aku. Tapi percayalah, perasaan sayang aku pada dia tak pernah berubah. Aku hanya mampu menunggu dan berharap dia akan berubah kepada yang dulu. Insyaallah.

" Sesungguhnya aku tidak secantik BALQIS,
hatiku tidak setulus ZULAIKHA,
diriku tidak sekuat SARAH
dan kasihku tidak sesempurna kasih KHADIJAH terhadap Rasullullah SAW..
Tapi apa salahnya jika engkau, wahai kaum adam..
Menerima aku, kaum hawa
dengan seadanya, mengambil kelebihan dan kekurangan kami."

Amirah Jamal .




Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Cinta Kita-Teuku Wisnu ft Shireen Sungkar